Selasa, 9 September 2008

Katil beralas rumput kering

Kebanyakan daripada kita mudah menjadi teringin apabila melihat aneka juadah yang sedia terhidang di hadapan mata di bazar Ramadan.




SELAMAT datang ke Hotel Bad Kissingen, di mana tiada sebarang servis bilik, tiada katil, tiada kemudahan wi-fi, malah hakikatnya tiada sebarang bilik langsung.

Secara rasmi, ia adalah salah sebuah hotel paling pelik di Jerman. Anda tidak akan tidur di atas katil yang bertilam empuk, sebaliknya di atas katil beralas rumput kering.

Lokasi hotel ini direka khas seperti jalan berselirat di padang gandum Bavaria yang terletak di selatan Jerman. Anda akan tiba di 'kaunter penyambut tetamu' yang merupakan khemah sarkas, sebelum dibawa ke salah satu daripada 19 buah bilik yang ada untuk tidur.

Monika Fritz, 40, berkata, dia mula mendapat idea untuk mencipta hotel tersebut apabila mendengar siaran radio terkenal Jerman pada tahun 1970-an, Ein Bett im Kornfeld (katil di atas padang jagung) oleh penyampai radio, Juergen Drews.

Dia kemudian bekerjasama dengan petani tempatan serta anggota Majlis Perbandaran Bavaria, Otto Funck, 64, dan akhirnya impian Fritz terlaksana jua.

Kini, operasi hotel Bad Kissingen telah memasuki tahun ketujuh dengan kadar bayaran RM34.80 satu malam manakala tiga euro RM15 untuk kanak-kanak. Jika mahu menikmati sarapan enak, tambahan sebanyak RM40 akan dikenakan.

"Pengunjung yang datang ke sini mahu melepaskan tekanan dan merapatkan diri dengan alam sekitar," kata Fritz yang menggelar perniagaannya sebagai romantik, berharga dan mencabar.

Diberi gelaran hotel ribuan bintang, ia bagaimanapun bukanlah sama sekali bermalam di bawah bintang-bintang. Terdapat pelindung seperti atap di bahagian atas untuk melindungi anda daripada hujan.

Melalui bahagian tepinya yang terbuka, anda masih boleh menyaksikan keindahan langit pada waktu malam yang disinari kerlipan cahaya bintang serta apabila matahari terbit keesokan harinya.

Dibuka untuk hanya dua minggu sepanjang bulan Ogos, terdapat sedikit ruang untuk bersendirian dengan pokok-pokok gandum selebar empat atau lima meter memisahkan kawasan tempat tidur setiap individu.


HOTEL ini dicipta untuk merapatkan hubungan manusia dengan alam sekitar.


Namun, meskipun boleh mendengar aktiviti malam yang dilakukan atau bunyi berdengkur, ia tidak kelihatan mengganggu 30 atau lebih tetamu yang menginap untuk satu malam.

"Ia begitu mengagumkan dan selesa. Saya dapat menyaksikan ribuan bintang berkerlipan pada waktu malam," kata seorang pelajar berusia 22 tahun, Wiebke Aszmutat meskipun rambut perangnya kelihatan tidak terurus apabila bangun pada waktu pagi kerana tidur bersama rumput dan pokok gandum kering.

Bagi meredakan sedikit rasa pening yang dialami, Aszmutat kemudian bercadang untuk berbaring di dalam bekas yang dipenuhi buah tomato bagi melakukan urutan cara kampung.

Sementara itu, teman lelakinya, Christian Wohlfart, 27, yang kurang selesa dengan cara tidur sedemikian tetapi gemar menyaksikan matahari terbit, bercadang untuk meletakkan kakinya di dalam bekas tanah liat. Semua pengalaman yang diperoleh itu merupakan hadiah hari jadinya.

Tarikan lain yang terdapat pada program itu, termasuklah kotak yang dipenuhi gamat di mana anda boleh memasukkan kaki anda, katil romantik (bingkai besi katil yang diisi dengan straw) dan pagar sesat di padang jagung.

"Bagi kanak-kanak, ia adalah syurga di sini. Mereka begitu seronok dengan pengalaman yang dialami," kata Irene Weiss, 35, sambil duduk di sebuah kawasan yang dijadikan tempat pemanas pada waktu malam.

"Kami boleh tidur di atas straw di dalam bangsal ibu bapa saya, tetapi saya ingin katakan bahawa ini adalah sesuatu yang berbeza dan perlu dicuba."

Tiada ulasan: